Sunday 8 April 2012

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat pembaca yang budiman...

Saya Nor Fatin Diyana Binti Abd Halim dari pahang..Modus operandi saya mencipta blog ini adalah untuk memaparkan kisah masyarakat era kini...

2 comments:

  1. Tekanan keluarga punca remaja lari dari rumah
    KUALA LUMPUR - Tekanan keluarga serta pernah dihalau menjadi faktor pendorong bagi golongan remaja bertindak untuk melarikan diri dari rumah, menurut dapatan satu kajian yang dikeluarkan semalam oleh sebuah badan sosial.

    Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof. Mohamed Fadzil Che Din berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2010 itu, didapati sebanyak 37.2 peratus daripada 379 remaja yang pernah melarikan diri dari rumah menyatakan mereka berbuat demikian kerana pernah dihalau keluar rumah selepas melakukan kesalahan.

    "Kajian ini yang dijalankan ke atas remaja berusia 12 hingga 18 tahun, masing-masing 42.7 peratus lelaki dan 57.3 peratus perempuan, turut mendapati faktor lain berpunca daripada rasa ingin bebas daripada kongkongan, pernah bergaduh dengan anggota keluarga dan rakan selain daripada pengaruh ajakan rakan-rakan," katanya kepada Bernama di sini semalam.

    Katanya, daripada jumlah tersebut, remaja berusia lingkungan 16 hingga 18 tahun mencatatkan peratusan tertinggi bagi kes lari rumah iaitu 67.8 peratus diikuti dengan 14 hingga 15 tahun (27.9 peratus) dan 12-13 tahun (4.3 peratus).

    Katanya, bagi golongan remaja seperti ini mereka berpotensi bertindak secara berani untuk melarikan diri dari rumah secara berulang setelah sekali mereka berbuat demikian.

    ReplyDelete
  2. kes2 sbegini banyak dibicarakan...tentang kehidupan masyarakat yang banyak mengundang padah buat diri sndiri...mereka tidak memikirkan perihal yang akn dihadapi oleh diri sendiri..

    ReplyDelete